Thursday, September 12, 2019

SEJARAH SEKOLAH

            Pada tahun 1921 bangunan bilik darjah ini telah diperbesarkan kepada dua bilik darjah untuk menjalankan kelas IV & V dan telah didaftarkan dibawah  pentadbiran Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1933 sebuah bangunan yang dapat memuatkan seramai 320 orang murid telah didirikan dengan kerjasama guru besar iaitu Rev. Mother St. Euphraise dan Perish Priest  Father  Olcomondy.
            Sister Mary Joseph telah menjawat jawatan Guru  Besar pada tahun 1958 dan pada masa itu terdapat 11 orang guru yang  mengajar di sekolah ini. Pada 1964 guru-guru Lepasan Maktab Harian mula mengajar di sini.Pada tahun 1971            seramai 268 orang murid telah menghadiri sekolah ini.
            Pada tahun 1983 Puan Salachey Raman telah menjadi Guru Besar di sekolah ini.Semasa pentadbiran beliau    sekolah ini menjadi sekolah campur apabila murid lelaki dibenarkan berdaftar di sekolah ini.Setelah empat tahun murid-murid sekolah ini bertambah kepada 428 orang.Sekolah telah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah dan sekolah telah mula beroperasi dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
Guru Besar dengan kerjasama Ketua MIC Cawangan Taiping En.V.Raman PPN.PPT.AMN.telah berjumpa dengan Y.B. Dato Sri S.Samy Vellu ( Presiden MIC) dan Menteri Kerjaraya Malaysia dan menerangkan masalah sekolah ini. Apabila bilangan murid bertambah menjadi 716 orang masalah kekurangan bilik darjah dan tandas telah menyebabkan keadaan kawasan sekolah tidak kondusif.
Pada tahun 1988 YB.Dato Sri S.Samy Vellu telah melawat sekolah ini dan berjanji untuk membina satu bangunan tambahan dengan 12 buah bilik darjah.  Pada tahun 1993 satu blok tandas dibina dengan kos RM20,000 dengan kerjasama dan bantuan dari pihak Bahagian MIC Taiping yang diketuai oleh En.V.Raman PPN,PPT,AMN.
Pada tahun 1996 bangunan  tambahan tiga tingkat dan 12 buah bilik darjah yang bernilai RM380,000 oleh Dato Seri S.Samy Vellu telah dimulakan. Bangunan siap dibina pada tahun 1998 dan mula digunakan.Sesi persekolahan telah bertukar dari dua sesi ke satu sesi.Puan Yogarani telah menjadi Guru Besar pada tahun 1998 dan telah bersara pada tahun 1999.
Pada tahun 1999Puan P.Pushparani telah menjadi Guru Besar. Di bawah kepimpinan beliau sekolah diberi Gred A pada tahun 2002. Bilangan murid telah bertambah kepada 761 orang pada tahun 2005.  Pada tahun 2007 bilangan murid dan guru masing-masing  meningkat kapada 784 dan 41 orang. Pada tahun 2008 jumlah murid sekolah ini adalah 751 orang dengan jumlah guru dan staf sokongan 42 orang. Pada Tahun 2010 sekolah ini telahberoperasi dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang akibat pembinaan semula Blok C dengan bantuan Y.B. Dato Seri S.Samy Vellu ( Presiden MIC) dan Jabatan Pelajaran Perak. Perubahan sesi persekolahan ini memyebabkan bilangan murid sekolah ini merosot kepada 686 orang.Bilangan murid telah bertambah semula selepas bangunan baru siap dibina pada tahun 2011. Sekolah ini telah mengharungi pelbagai peningkatan dalam semua bidang terutamanya bidang akademik di bawah pimpinan Puan P. Pushparani. Pencapaian keputusan UPSR yang cemerlang dari tahun 2008-2010 sehingga sekolah ini menjadi Sekolah Pencapaian UPSR  SJK(T) nombor 1 di Perak berturut-turut pada tahun 2009 dan 2010.
Sekolah ini mulai dipimpim oleh En.P.Sivarathnam,PPT dar tahun 2011 dengan jumlah murid 550 orang,  37 orang guru dan 6 orang kakitangan. Di bawah kepimpinan beliau seramai 15 orang murid telah mencapai 7A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2012. Dari segi kemudahan sekolah ini telah mengalami perubahan drastic dalam tempoh 2010-2012.Hasil kerjasama guru-guru dan PIBG bangunan tambahan empat tingkat telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Palanivel pada bulan Februari 2012 .Disamping itu ,dengan usaha PIBG  sebuah dewan serbaguna telah  dibina pada bulan Ogos 2012 .Pada bulan September pula sebuah makmal ICT telah siap dibina dengan kerjasama LPS,PIBG, kelab HYO, Maxis dan kerajaan Malaysia. Kantin sekolah juga telah diubahsuai dan kini mempunyai sebuah dewan makan dengan kemudahan hawa dingin. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik penolong kanan, bilik makan guru, bilik alat sukan, bilik rawatan, pintu gerbang dan pondok pengawal juga telah siap dibina pada tahun 2012. Pada tahun 2013, pihak sekolah dan PIBG telah membina gelanggang badminton dan bola tampar yang baru dan telah menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian pusat sumber sekolah serta memberi wajah yang baru kepada pusat sumber sekolah. Pada 31.10.2017 En.Sivarathnam Ponniah PPT telah bersara dan Pn.K.Puvaneswary mulai bertugas sebagai guru besar baru SJK(T) St Theresa’s Convent, Taiping.
 Dengan pertambahan kemudahan-kemudahan ini, pihak sekolah berharap bilangan murid pada tahun 2018 akan bertambah dan Sekolah ST. Theresa’s Convent akan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.

No comments:

Post a Comment